Hope
Monday, September 25th, 2006Jika kamu memancing ikan… setelah ikan itu terlekat dimata kail
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…. janganlah sesekali kamu
lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja… kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita
selagi ia masih hidup…
Begitulah juga setelah kamu memberi
banyak pengharapan kepada seseorang…. setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya…. janganlah sesekali kamu terus
meninggalkannya begitu sahaja… kerana dia akan terluka oleh kenangan
bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu….
Jika kamu menadah air biarlah berpada jangan
terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu
teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu…. Apabila sekali ia retak….
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…. akhirnya ia dibuang…
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan
lagi….
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima la
seadanya…. janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya begitu istimewa…. anggaplah dia manusia biasa . Apabila
sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya…. akhirnya kamu tinggalkan dia sedangkan jika kamu
memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan bertambah baik….