Pernahkah, apabila kamu bangun dari tidur, kamu tiba-tiba berasa hiba
lalu menangis? Kenapa? Kerana kamu bermimpikan si dia. Dia yang kamu
pernah cintai, tetapi telah meninggalkan kamu. Atau, dia yang hanya
kamu minati dalam diam, tapi tak pernah kamu miliki. Perasaan kamu
menjadi sedih, hiba dan tak keruan, pagi kamu sudah tidak seceria
kelmarin. Kenapa harus kamu mengingatinya? Padahal ianya sudah berakhir
antara kamu dan dia. Kamu harus memandang ke hadapan, bukalah lembaran
baru dalam hati kamu.
Berjalan ke tempat kerja, dan kampus,
fikiran kamu hanya tertumpu pada si dia yang muncul dalam mimpi pagi
tadi. Kamu tidak dapat menumpukan pada kerja dan pelajaran. Kamu tidak
terdaya untuk melemparkan senyuman pada orang sekeliling. Kenapa?
Kerana kamu hidup dalam kisah semalam. Kamu terperangkap dengan kisah
lalu. Kamu menyedarinya, tapi kamu merelakannya. Padahal kamu tahu,
walau macamana cara sekalipun kamu bersedih, dia tak akan kembali
padamu. Dia sudah menjadi milik orang lain. Kenapa kamu harus berdegil
dan tidak mahu menerima kenyataan ini? Kalau kamu menyintainya,
haruslah kamu mendoakan kebahagiaannya. Tapi jawapan kamu apa? Biarlah
aku mengingatinya, biarlah aku terseksa! Standard sungguh jawapan cinta
kamu.
Itu kamu yang pernah bercinta dengannya. Bagaimana pula
dengan kamu yang hanya meminatinya dalam diam. Kamu tahu dia sudah ada
seseorang, kamu nampaknya dari jauh. Kenapa kamu masih tidak melepaskan
perasaan terpendam itu? Kamu terlalu taksub dengannya sehingga kamu
menutup perasaan kamu dari disentuh orang lain. Kamu tidak menyedari
ada seseorang yang sedang menagih cinta darimu. Atau mungkin kamu
menyedarinya, tapi kamu pura-pura tidak melihatnya, kerana hati kamu
masih pada si dia yang sememangnya bukan milikmu. Butanya cinta kamu,
butanya hati kamu. Dan kamu menjawab, ya cinta memang buta. Padahal,
yang membutakan cinta itu ialah kamu sendiri.
Kamu, sampai bila
kamu harus menutup cinta kamu untuk orang lain? Sedarlah kamu, dia
bukan untukmu. Berilah ruang hati kamu untuk menerima cinta baru dan
sedarlah dari mimpi semalam. Kalau pun kamu tidak mahu membuka
sepenuhnya hati kamu, sekurang-kurangnya bukalah sedikit. Kalau kamu
rasakan cinta baru itu lebih membahagiakan, nescaya kamu akan membuka
hatimu sepenuhnya nanti.